Thursday, 1 June 2017

Interview

Assalamualaikum πŸ˜„

hye, best pulak dapat update blog dengan laptop baru. kehkehkeh..πŸ˜… riaknya weh! okay okay, point dia bukan dekat laptop baru sekarang, but nak cerita pasal interview kat UiTM Shah Alam. sebab sha ada pilih course senibina time isi borang online UPU tu, actually, memang cita-cita sha nak jadi achitect, tapi ada sebab-sebab sebelum ni yang buat sha lupakan hasrat nak jadi achitect masa belajar form 4 & 5. sha tak boleh bawak subjek science stream dulu lepastu tukar kelas seni. its because tak amik subjek science stream tu ramai kata sha tak boleh nak jadi achitect.😟 idk la sejauh mana tak boleh jadi tu kan? so, sha amik je seni. nanti nak pilih course kat Uni.. amik je lah fine arts.πŸ’’

masa isi borang online UPU tu, memang pilih ikut urutan berdasarkan minat, and of course  la.. tengok result SPM kan.. jangan suka hati je pilih, memang course senibina, perancangan & ukur jadi pilihan pertama dan kedua di UiTM dan seterusnya course yang sama tapi di Politeknik pulak. pilihan pertama sha - Perancangan Bandar/ Town Planner,  kedua interior design. dua course ni memang ada interview. emm.. pada mulanya, leceh lah interview bagai ni kan.. takut je pilih, kang pegi interview takut tak dapat. maklum lah, sha bukan pandai becakap pun, lagi-lagi dengan orang yang tak kenal. lepastu dalam tempoh menunggu keputusan tu, sha update update jugak lah tengok bila tarikh panggilan temuduga. sambil tu, research banyak-banyak pasal apa tu perancangan bandar, even sebelum pilih course tu dah selidik. tetiba sha terpanggil untuk menghadiri temuduga, memang lah happy pada masa yang sama berdebar jantung ni! apa lah aku nak jawab time interview nanti, lepastu cepat-cepat la search pasal pengalaman orang pi temuduga course senibina ni kan.. dorang kata ada ujian melukis. sha pun melukis la, test dulu kat rumah. lepastu baru ada sesi temuduga dengan pegawai/lecturer. sha dapat lecturer lelaki, dia nampak macam dah lama sebab dia tua. so soalan dia memang sha tak terfikir lah. time tunggu giliran tu, my another friends kebanyakan memang ada standby satu ayat perkenalkan diri yang dorang dah susun dalam kertas and dorang hafal 
semestinya ramai yang bawak portfolio dorang, but me? tak bawak. even dah ready portfolio tu dekat rumah sebelum interview. tapi memang lecturer tu tak tanya pun pasal portfolio. if nak tunjuk tunjuk lah.. orang kata ni bonus.πŸ‘

its because, sha fikir kita bukan tahu apa orang tu nak tanya nanti, time tu je rasa macam confident jelebih. bila masuk nak kene interview ngan lecturer tu.. hamek kau.. berterabur ayat, elok-elok dah susun ayat dalam kepala panjang-panjang untuk perkenalkan diri.. tetiba jawab pendek je jawanpan, sampai lecturer tu pun macam "itu je?" pastu dia banyak bagi soalan 
- awak boleh perkenalkan diri awak (kau cerita lah nama kau apa, umur ke, adik beradik ada berapa, anak keberapa, tinggal kat mana, apa kau suka,, cita-cita and so on lah.)😏
- apa kelebihan diri awak? (time ni kau puji lah diri kau, tanpa perasaan, tak payah nak malu-malu)
- apa kejayaan yang awak dah capai sebelum ni?
- apa yang awak tahu pasal course ni? (sebab tu penting kene selidik pasal course tu) *soalan wajib
- kaitkan isu semasa dengan course ni. 
- apa pilihan kedua, ketiga awak?

*time interview tu, jangan nak pandang-pandang bawah ke tepi ke tingkap ke.. pandang muka orang yang tengah soal kau tu, fokus! itu penting. kang dia tengok kau pandang-pandang tempat lain dia pun malas nak tanya kau banyak soalan, sebab kau tak fokus.😠😠



jawapan tu kena bagi panjang sikit lah,, dia tanya dalam bahasa inggeris. ayat sha pun terabur lah jugak. apalah yang aku merepek ni. faham ke tak faham tah lecturer ni?  tawakal je. pastu sha cakap lah, sha memang minat dengan course senibina ni. walaupun kerja susah, sha sanggup, ewahh... bab puji diri sendiri tu lagi tak boleh blah, muka lecturer tu takde ape pun, tapi cuba bayangkan kalau kawan korang kat situ, aku rasa kalau dorang dengar mau dorang nak termuntah, mata juling keatas.. semua ada.😝

end of story, sha dapat jugak sambung belajar diploma course perancangan bandar. tak sangka pulak!😁 sambil menunggu result UPU tu sha sambung Form 6 tapi sempat dalam seminggu lebih je. lepastu dapat tawaran ke UiTM terus angkat kaki. hehehehe..πŸ˜‹ now sha, dah jadi warga UiTM Sri Iskandar, Perak. memang dah tahu mesti dapat kat Sri Iskandar, sebab course senibina memang dorang akan campak kat situ kebanyakan. masuk UiTM 20hb Mei.. seminggu je kat sana untuk sesi orientasi. lepastu 26hb dah boleh balik cuti seminggu nak menyambut puasa ni. 5hb Jun sha dah start kuliah. buat masa ni sha belum masuk sem 1, sebelum sem 1 orang panggil sesi interim kita akan belajar 3 subjek - english, agama, dan study skills. and ada test sikit.. pastu bulan 9 ni baru masuk sem1.. πŸ’– wish me luck korang.. even baru seminggu kat sana, macam-macam orang dan macam-macam perangai dah nampak. hidup kat Uni ni memang tak leh lah nak bergantung sangat dengan roomate ke kawan biasa ke.. yang paling penting cari kawan betul betul..😟 ini pesanan dari cousin sha, niat pun kene betul ye. jangan ada niat tak baik. niat nak belajar, kerana Allah.. ha.. macam tu.😊. ok sampai sini je  nak cerita. bye, AssalamualaikumπŸ’•

Wednesday, 26 April 2017

Hulu Langat : Ajlaa Village Resort

Assalamualaikum πŸ’–

cuti seminggu bulan 3. lepas je cuti di Cameron.. sha dengan family sha pergi pulak Hulu Langat. tak jauh pun dalam selangor je. so search la mana-mana tempat penginapan dekat Google tercenta! ewah..! cari punya cari.. jumpa la Ajlaa resort ni, memang sesuailah, sebab adik nak lepaskan gian dia yang dah lama tak memancing tu. resort tu pun ada sediakan kolam ikan.. kira bilik-bilik penginapan dikelilingi dengan kolam ikan yang cantik. best lah dah tangkap ikan lepastu bakar ikan.. buat bbq. suasana pun kampung-kampung kan.. tapi resort ni bukan lah terletak di area sebelah sungai air terjun tu.. resort ni atas bukit ye anak-anak.. hehehe 😜

Cameron Highland

Assalamualaikum πŸ‘€

hari tu lagi kata nak sambung but tak jugak. lambat sangat.. sebenarnya elok je cerita ni tergendala dalam draft. hehehehe.. asyik tak sempat je nak update! so, ini kira nak pendekkan cerita jelah jalan-jalan kat cameron. lepas je pergi ladang teh boh aritu.. terus kitaorang check in hotel Cameron Golden Hills. hotel tu baru je lagi dibuka di depan pasar malam baru cameron highland. kalau nak gi pasar malam tu memang jalan kaki jelah..πŸ’– apa pun cepat je dah malam.. sampai kat cameron tengahari.. lepak kat ladang teh sampai ke petang.. malam shopping pulak kat pasar malam. gambar pasar malam tu pulak I tak ada amik hehehehe.. syok sangat dapat shopping mana sempat nak pegang camera.. esok paginya selepas sarapan.. kawan ayah bawak kitaorang jalan-jalan di Strawberry Farm yang dekat area  Rose chalet tu.. jalan-jalan makan ais krim starwberry pagi-pagi beli souvenir


Sunday, 12 March 2017

Cameron Highland : BOH Sungai Palas Tea Centre

Assalamualaikum 😊

4/3/2017 sha ngan family pergi naik ke Cameron Highland. sebab ayah ada perjumpaan dengan kawan-kawan sekolah ayah dulu. so, kitaorang pun join sekali. bertolak 3hb jumaat. balik hari ahad. 
dari Simpang Pulai ke Cameron .. tempat pertama sekali kita orang singgah adalah dekat al mashoor strawberry farm minum teh kat situ.. sebenarnya nak turun pi tandas, alang-alang tu rest lah kejap. lepas tu, terus ke ladang teh BOH. yea~ sebenarnya tak pernah lagi kesini. selalu pergi dekat cameron valley tea house je.  dah ada kat sini  gambar ladang je lah kita amik banyak. hehehehe..


Saturday, 4 February 2017

Belajar

Assalamualaikum :)

hari ni rajin nak berblogging! nak cerita sikit lah, sekarang ni sha sibuk sambung belajar. but hanya sementara maybe 6 bulan je itu rancangannya lah kan.. sambil tunggu result SPM keluar dan panggilan ke UPU.. kan lama nak tunggu semua tu. kira.. ayah pun tak bagi kerja. sha terima cadangan dari mak cik sha. dia minta sha sambung belajar but belajar agama. emm.. kira untuk belajar agama ni senang lah untuk untuk sha tahu lebih pasal hukum hakam.. nanti nak ajar anak pun senang. eh eh.. lambat lagi anak tu! tapi itu lah mak cik sha cakap. so sha on je lah. mak cik sha bawak sha gi kat kelas agama tu di Sri Petaling.. bukan kelas hafizah yang hafal Al-Quran tu.. tapi kelas Alim. belajar tentang hukum hakam.. daripada Hadis dan Al-Quran.  so kat kelas tu kita belajar bahasa arab, belajar feqah, adab, tauhid, jawi, dan tajwid. so bagi yang beginner of course la masuk kelas bawah, kalau kat sana kita panggil kelas Pra Alimah. belajar benda basic je dulu.. setiap penggal ada exam. kalau kita dapat keputusan yang bagus, insyaAllah.. boleh masuk kelas 1 kira next kelas lah. sampai lah kelas ke 7 after that tambah lagi 2 tahun practical. lupa pulak nak cerita maahad ni untuk pelajar perempuan je.  ikut kan sha ni masuk kelas tu lambat. bulan 1 baru masuk kan.. sistem maahad ni bulan syawal merupakan tahun baru. emm.. faham tak? kira baki tempoh pembelajaran sha tinggal 6 bulan je..  ustazah sha kata kelas Pra Alimah  ni bila-bila je pelajar boleh masuk maybe sebab pembelajaran dia tak bayak. semuanya kebanyakan senang boleh catch up...  ada je pelajar yang masuk bulan 11, 12 tahun lepas. tapi paling ramai masuk bulan 1. 

selama sha belajar kat situ semua okay, kawan pun ada.. kalau nak tahu, pelajar dalam kelas tu umur kitaorang berbeza.. nak belajar Alim ni kena pandai gak tulis and baca jawi.. sebab kitab yang diaorang bagi semua dalam tulisan jawi.. nak menulis nanti pun dalam jawi gak. and kemasukan pelajar hanya umur 12 tahun ke atas.. tapi yang sha tahu yang dah kahwin pun boleh belajar. paling tua dalam kelas Pra Alimah tu 21 tahun. paling muda 12 tahun. tak tahu lagi lah yang kelas atas tu mesti akak-akak yang dah umur 20 lebih..  sha ni pelajar ulang alik. so bagi yang duduk area Kl, Klang ni.. tak disediakan asrama lah, asrama untuk pelajar yang tinggal jauh-jauh je, dengan pelajar antarabangsa. dalam kelas sha tu ada pelajar dari China dan Brunei, sabah pun ada. so diaorang leh duk asrama.  so, jadualnya 7:30petang dah kena ada di maahad.. 2:30petang dah boleh balik. kita bukan lah nak promote.. buat saje cerita. ok sini je lah ceritanya, nanti kita cari masa nak cerita pasal kucing baru kita pulak bye, Assalamualaikum!
Copyright © Aishah Qairina | All Rights Reserved | By Aishah Qairina 2011-2015