Continue : Pulau Pangkor

12:22:00

Assalamualaikum :) 


Semalam kita kata nak sambung cerita cuti bulan 12 2016 tak habis lagi tu. 
Lepas je 1malam tidur di Lanai Casuarina di Parit, hari selasa sebelum pukul 12tengahari dalam pukul 9 macam tu kita dah check out.  sebab nak ke Pulau Pangkor 💖

perjalanan tak lama mana pun, sebelum Zohor dah sampai Pulau Pangkor. so, kita orang pegi jeti kat Pulau Marina. ayah pergi beli tiket, sha ngan mama, adik semua kemas barang. sikit, masing-masing bawa beg sendiri je. mama kata tak nak lah angkut beg banyak-banyak, mana boleh kongsi beg kongsi. kalau barang banyak sangat susah pulak nak angkut. senang right?

time ni kat belakang Marina Cove Resort. angin kuat gila, hujan renyai je pun. ombak jangan nak kata lah.. kuat gak. payung sha bawak punya besar pun boleh nak terbang. nasib baik saya kuat pegang tak bagi lepas. 💪 

  waiting.. feri amik kita tak lama pun 👌

 👾 sampai je kat Pulau Pangkor, ayah buat keputusan nak sewa kereta. bagi sha sangat la membazir. kehkehkeh, sebab, nak pergi Pulau Nipah, resort kat situ jalan kaki je kalau nak kepantai, kedai makan, kedai souvenir.. sebab dekat. lagi pun lagi best jalan kaki. am i right? ✌ 

Ayah dah booking resort kat sana. bilik dah cantik. tak silap ayah pilih bilik tu ada 2 katil queen or king tah.. lepastu datang kat resort tu dia tengok kitaorang ni lebih 4 orang dia tak kasi masuk. ergh! geramnya time tu nak meletus dah. memang disappointed 😩. ayah  booking resort dengan someone kt Parit, of course dah bayar, orang tu kata satu Family boleh masuk 9 orang pun boleh plus dengan budak kecik lah, adik sha kecik-kecik je. bila sampai sana orang kat sana tak kasi. no choice kitaorang pun pergi lah dari situ. kesian tak? ayah dapat lah duitnya balik. 

pergi makan tengahari, ikan bakar.. semua lauk mama yang pilih. sha tengok adik je. main tepi pantai, sebab kedai makan tepi pantai Sambil tunggu orang kedai masak ayah pergi cari mana-mana resort lagi kat area Teluk Nipah. yelah bersepah. nak harapkan ada kosong jelah. walaupun time pergi tu hari selasa, orang kerja, bukan hari minggu, agak ramai jugak kat Teluk Nipah. yelah.. cuti sekolah 😖 lepas makan tengahri. Alhamdulillah.. jumpa jugak akhirnya so, kitaorang menginap hanya 1 malam di Pangkor Indah Beach Resort 😉 yeay!    


amik 2 bilik jenis standard double. satu bilik kitaorang hanya dapat harga RM100 je. murah kan? resort pun tak jauh dari pantai, jalan kaki keluar pun boleh.. sangat best. sebab dah dapat bilik, settle solat semua. rehat kejap, petang tu keluar mandi kat Pantai. masyaAllah.. memang ombak kuat. kalau opah sha ada mesti dia tak kasi mandi. but tengok adik selamber je mandi takpe kalau dah besar. tapi tetap sha rasa takut. mandi tepi-tepi. asalkan basah badan udah ler.

 comel je nengok dorang ni main pasir. tak berani nak mandi lagi 







ini, besok paginya sha bekpes. makan 5 pinggan, 3 cawan teh o macam tu je RM47 ringgit. bagi sha mahal lah, orang kata kalau cuti atas pulau ni bab belanja makan mesti mahal, entah lah.. nasi lemak ni pun 2 pinggan je yang ada ketam goreng. lepas bekpes ni kitaorang dengan kereta sewa, round satu pulau..  

korang nak kemana? hehehehe..



lepas pusing-pusing datu pulau, akhirnya mandi jugak kat Teluk Nipah. tapi port lain la pulak. jauh dari kedai-kedai. but ada jugak orang buat camp kat tempat kitaorang lepak ni 😏


so, pukul 11 habis mandi, pukul 12 dah check out. bertolak ke jeti. 




bye bye pulau pangkor 😁



sebelum balik KL ayah singgah kat menara condong Teluk Intan kejap. 😊



You Might Also Like

0 00 Comments