Belajar

16:32:00

Assalamualaikum :)

hari ni rajin nak berblogging! nak cerita sikit lah, sekarang ni sha sibuk sambung belajar. but hanya sementara maybe 6 bulan je itu rancangannya lah kan.. sambil tunggu result SPM keluar dan panggilan ke UPU.. kan lama nak tunggu semua tu. kira.. ayah pun tak bagi kerja. sha terima cadangan dari mak cik sha. dia minta sha sambung belajar but belajar agama. emm.. kira untuk belajar agama ni senang lah untuk untuk sha tahu lebih pasal hukum hakam.. nanti nak ajar anak pun senang. eh eh.. lambat lagi anak tu! tapi itu lah mak cik sha cakap. so sha on je lah. mak cik sha bawak sha gi kat kelas agama tu di Sri Petaling.. bukan kelas hafizah yang hafal Al-Quran tu.. tapi kelas Alim. belajar tentang hukum hakam.. daripada Hadis dan Al-Quran.  so kat kelas tu kita belajar bahasa arab, belajar feqah, adab, tauhid, jawi, dan tajwid. so bagi yang beginner of course la masuk kelas bawah, kalau kat sana kita panggil kelas Pra Alimah. belajar benda basic je dulu.. setiap penggal ada exam. kalau kita dapat keputusan yang bagus, insyaAllah.. boleh masuk kelas 1 kira next kelas lah. sampai lah kelas ke 7 after that tambah lagi 2 tahun practical. lupa pulak nak cerita maahad ni untuk pelajar perempuan je.  ikut kan sha ni masuk kelas tu lambat. bulan 1 baru masuk kan.. sistem maahad ni bulan syawal merupakan tahun baru. emm.. faham tak? kira baki tempoh pembelajaran sha tinggal 6 bulan je..  ustazah sha kata kelas Pra Alimah  ni bila-bila je pelajar boleh masuk maybe sebab pembelajaran dia tak bayak. semuanya kebanyakan senang boleh catch up...  ada je pelajar yang masuk bulan 11, 12 tahun lepas. tapi paling ramai masuk bulan 1. 

selama sha belajar kat situ semua okay, kawan pun ada.. kalau nak tahu, pelajar dalam kelas tu umur kitaorang berbeza.. nak belajar Alim ni kena pandai gak tulis and baca jawi.. sebab kitab yang diaorang bagi semua dalam tulisan jawi.. nak menulis nanti pun dalam jawi gak. and kemasukan pelajar hanya umur 12 tahun ke atas.. tapi yang sha tahu yang dah kahwin pun boleh belajar. paling tua dalam kelas Pra Alimah tu 21 tahun. paling muda 12 tahun. tak tahu lagi lah yang kelas atas tu mesti akak-akak yang dah umur 20 lebih..  sha ni pelajar ulang alik. so bagi yang duduk area Kl, Klang ni.. tak disediakan asrama lah, asrama untuk pelajar yang tinggal jauh-jauh je, dengan pelajar antarabangsa. dalam kelas sha tu ada pelajar dari China dan Brunei, sabah pun ada. so diaorang leh duk asrama.  so, jadualnya 7:30petang dah kena ada di maahad.. 2:30petang dah boleh balik. kita bukan lah nak promote.. buat saje cerita. ok sini je lah ceritanya, nanti kita cari masa nak cerita pasal kucing baru kita pulak bye, Assalamualaikum!

You Might Also Like

3 00 Comments

  1. waahh bukan senang nak dpt peluang tu kan...tahniah

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. bertuah dapat tambah ilmu untuk kegunaan hidup ni.. syabas

    ReplyDelete
  3. Akk, apa nm maahad tu ye??? sbb lps spm maybe sy nk bljr ke sana

    ReplyDelete