Hulu Langat : Ajlaa Village Resort

09:40:00

Assalamualaikum 💖

cuti seminggu bulan 3. lepas je cuti di Cameron.. sha dengan family sha pergi pulak Hulu Langat. tak jauh pun dalam selangor je. so search la mana-mana tempat penginapan dekat Google tercenta! ewah..! cari punya cari.. jumpa la Ajlaa resort ni, memang sesuailah, sebab adik nak lepaskan gian dia yang dah lama tak memancing tu. resort tu pun ada sediakan kolam ikan.. kira bilik-bilik penginapan dikelilingi dengan kolam ikan yang cantik. best lah dah tangkap ikan lepastu bakar ikan.. buat bbq. suasana pun kampung-kampung kan.. tapi resort ni bukan lah terletak di area sebelah sungai air terjun tu.. resort ni atas bukit ye anak-anak.. hehehe 😜





yang ni kolam mandi. nampak dalam gambar agak kecik, hakikatnya tak ada lah kecik. kolam ni panjang... makin hujung korang pegi lagi luas sedikit and dalam yea. puas jugak lah nak mandi. 😊
 pemandangan dari atas bukit. atas bukit ni ada lagi bilik.. bilik sha kat bawah betul-betul sebelah kolam. beberapa langkah saje nak ke kolam. seronok lah adik sha.. senang jugak nak tengok- tengok diaorang mandi 

 bilik atas.. jauh sikit dari kolam tapi banyak disediakan kemudahan.. dapur pun disediakan.. sesuai lah bagi family besar nak buat family day. 
 kawasan kolam ni sunyi sikit sebab area bilik yang bersebelahan kolam ni banyak kosong..

  ni bilik kitaorang satu family.. bawak lah toto lebih yek. bantal selimut extra.. mamang dah expect bilik ni mesti tak muat katil. tapi lega ada ruang tamu yang luas untuk kitaorang tidur.💕



makanan sarapan.. harga penginapan tu tak termasuk harga sarapan ye. if korang request..boleh lah diaorang sediakan. even korang buat bbq pun diaorang boleh beli daging mentah kambing ke.. ayam ke.. dari pihak resort. 😍 sha boleh bagi 4 bintang je. sebab tandas jauh dari bilik. tak ada tandas dalam bilik,😒 yang ni bagi bilik yang ala-ala rumah kecik yang mengelilingi kolam lah.. yang bilik atas bukit tu ada tandas disediakan dalam bilik tak silap.😷

okay tu saja cerita sha. Assalamualaikum!💕

You Might Also Like

2 00 Comments